Cogan Kata

"The Ship Is More Than The Crew" ialah moto Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Dahulu moto ini diletakkan pada lencana sekolah tetapi sekarang ditiadakan.
"The Ship" ialah perkataan simbolik yang bermakna sekolah dan "The Crew" membawa makna pelajar.
Oleh itu, makna tersirat bagi moto sekolah "The Ship Is More Than The Crew" ialah sekolah atau alma mater (ibu kandung) lebih penting daripada para pelajarnya. Lebih jelas lagi bererti setiap pelajar lepasan sekolah ini akan atau telah menempa kejayaan setelah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Sekolah telah memberi segala bentuk kemudahan, bimbingan, dorongan, nasihat dan pengalaman sehingga para pelajar menjadi tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang pekerjaan.